Saturday 21 May 2016

PHYTOCOL-ST Shaklee Turunkan Kolestrol Secara Semulajadi

Assalamualaikum.

Antara salah satu vitamin dalam shaklee yang dapat mengatasi masalah kolestrol tinggi ialah PHYTOCOL-ST.Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.Produk ini dicipta pada tahun 2014.Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).







PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh


Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. Sterols dan stenoils ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah.


Keistimewaan Phytocol Shaklee

  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan





Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?


Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita.


 Dah tahu kan macam mana phytocol berfungsi untuk kawal kolestrol??


Berminat untuk oder boleh terus hubungi saya:




Tuesday 17 May 2016

HERB-LAX:Kebaikan dan fungsi sebagai Detoks

Assalamualaikum





Entri kali ini saya nak cerita pula mengenai Herb Lax.Herb Lax adalah salah satu agen detox selain Alfalfa. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan detox??

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Selepas badan melalui  proses detoksifikasi, usus kita akan menjadi lebih bersih dan sihat. Penyerapan apa sahaja jenis supplemen akan menjadi lebih cepat dan berkesan.Secara perumpaannya kita jadikan perut berperanan sebagai rumah. Usus pula berperanan sebagai bilik dalam rumah ini. Bila usus sihat, tiada la penyakit yang sibuk-sibuk nak tinggal dalam rumah ni.Keharmonian rumah tangga akan lagi bercambah dan pengambilan suplemen pasti menambah keserian dalam rumah kita ini.

wah!begitu sekali perumpaan nya






Jom kita kenal lebih dekat apa itu Herb Lax  Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 

9 Herba Semulajadi

  • alfalfa leaves-Membersihkan usus, darah dan hati.
  • senna leaves-Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
  • anise seed-Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  • blue malva flower-Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • buckhorn bark-Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
  • licorice root-Membantu proses detoksifikasi.
  • rhubarb root- Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik.
  • fennel seed- Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.
  • culver’s root.-Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.

Dah nama pun Herb-Lax kan? Mesti lah kandungan nya penuh dengan segala jenis herba yang berkhasiat:)






Kebaikan Herb Lax
  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebaai minuman teh herba



Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 
  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit 
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

Namun begitu, Haruslah diingatkan kepada mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 

Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.

Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.

So, nak makan kene dengan cara yang betul. Sebab Herb-Lax ni terkenal sebagai julap herba shaklee. Dan yang paling penting ianya 'JULAP SEMULAJADI TANPA BAHAN KIMIA'

Sekiranya berminat untuk detok usus anda dengan Herb-Lax boleh sahaja hubungi saya untuk harga yang menarik! 




Monday 16 May 2016

Khasiat dan Manfaat CAROTOMAX SHAKLEE

Assalamualaikum

Apakah yang boleh membantu untuk perlindungan sel-sel dalam badan ketika diserang oleh berjuta-juta radikal bebas seterusnya menyebabkan kerosakan pada DNA?



A-N-T-I-O-K-S-I-D-A





Apakah Antioksida?

Antioksida merupakan NUTRISI yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas,meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.



Bagaimana cara kita mendapatkan perlindungan antioksida dengan pengambilan vitamin sahaja? Ya! Dalam keluarga Vitamin  Shaklee Perlindungan antioksida dapat di tingkatkan dengan pengambilan CAROTOMAX SHAKLEE. Shaklee mengambil perlindungan daripada anti oksida yang terdapat pada buah-buahan,sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan,penyaluran dan pembetukan kerotin secara semulajadi.





5 sebab kenapa CAROTOMAX SHAKLEE lebih bagus daripada produk antioksida lain:

  1. Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta karotena adalah 8 mg setiap hari. Dengan CarotoMax, kita akan memperolehi 13 mg.
  2. Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang dan menjaga secara khusus kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostate dan serviks.
  3. CarotoMax berfungsi menguatkan sistem imun.
  4. Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak broccoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.
  5. Pengambilan carotomax menyamai dengan Beta Karotena yang sama dengan pengambilan 102 hidangan Pisang, Lycopena yang sama dengan pengambilan 714 hidangan Apricot, Lutein dan Zeaxanthin yang sama dengan pengambilan 285 hidangan Anggur Pink, Alpha Karoten yang sama dengan pengambilan 89 hidangan Raspberi.




Manfaat Utama Carotomax Shaklee : 


Lebih Selamat Dari Vitamin A

  • Penemuan vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti.Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.

Mempertingkatkan Penglihatan 
  • Ia menghasilkan “ungu visual” yang membolehkan kita Mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata. 

Meredakan Penyakit Kulit 
  • Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit. 

Melindungi Epithelial 
  • Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus. 

Melawan Kanser dan Oksidasi 
  • Pengambilan kerap beta karotena mengukkuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. 

Menghalang Infeksi 
  • Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru : batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema. 

Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat 
  • Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi.Juga panghasilan sperma yang sihat.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan CAROTOMAX SHAKLEE boleh terus hubungi saya ye. FREE CONSULTATION DAN GUIDANCE as your trusted SID!:)





Sunday 15 May 2016

Vita-Lea Shaklee: MultiVitamin Terbaik Di Dunia

Assalamualaikum.


Multivitamin adalah sangat perlu untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Tahukah anda bahawa pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang.


MULTIVITAMIN DALAM SHAKLEE?

Kalau anda nak tahu Vita-Lea Shaklee adalah multi vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.Vitalea Shaklee berbentuk tablet agar ianya mudah untuk di konsumasi oleh semua golongan dimana 1 tablet sahaja mengandungi pelbagai nutrisi. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 





SIAPA YANG MEMERLUKAN MULTI-VITAMIN:

  1. Wanita hamil dan menyusukan baby
  2. Perokok
  3. Pengamal vegetarian
  4. Peminum alkohol yang tegar
  5. Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12
  6. Mereka yang gemar makan masakan panas





Vitamin yang terkandung dalam Vita-Lea ialah :

Vitamin A :Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.


Vitamin D:Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E :Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.

Vitamin C:Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.

Copper:Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.

Asid Folik:Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.

Biotin :Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.


Vitamin B1:Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.

Vitamin B2:Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.

Vitamin B3:Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B6:Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.

Vitamin B12:Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Vitamin B5:Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.

Magnesium: Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.


Kalsium:Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.

Fosforus :Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.

Iodin :Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi: Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.

Zink :Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda




Nama pun Multivitamin kan? Mesti la semua jenis vitamin ada dalam 1 tablet Vitalea Shaklee ni. Apakah pula manfaat dan khasiat yang terkandung dalam Vitalea Shaklee ni ye?

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar 
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

Bila semua khasiat vitamin ada dalam Vitalea Shaklee, maka banyak la khasiat yang akan di terima oleh mereka yang mengambil Vitalea sebagai supplement utama harian.Sebabtu juga Vitalea adalah antara Vitamin yang terkandung dalam set-set cadangan vitamin Shaklee seperti  Set berpantang, Set penyusuan, Set kesuburan, Set hamil dan Set tambah berat badan.


Wahhh!Best kan kalau ada 1 botol dalam 1 rumah untuk 1 keluarga kan? Wah mcam 1 malaysia pulak gaya dia.Berminat untuk dapatka Vitalea boleh terus hubungi saya.




Saturday 14 May 2016

Lecithin Shaklee: Fungsi dan Khasiat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.








Harini kita buat kajian tentang Lecithin Shaklee.Lecithin diestrak dari kacang soya organik bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


FUNGSI UTAMA LECITHIN

Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.
lecithin adalah merupakan komponen utama membran sel dan membantu dalam mengawal aliran nutrien dalam sel-sel tubuh kerana soya lecithin mengandungi sumber utama kolina.





KOLINA?Penting ke???

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.





KELEBIHAN LAIN LECITHIN


  • Melindungi hati 
Lecithin boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.

  • Memecahkan lemak dan kolestrol 
Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.

  • Melangsingkan badan 
Jika ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.

  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress 
Kolina yang dinyatakan tadi akan berfungsi untuk agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.

  • Mencantikkan otot dan kulit
Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

  • Memperbaiki alergi 
Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin parah dermatitis.

  • Menghalang tekanan darah tinggi 
Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.
Mengatasi masalah prostat lelaki 

  • Meringankan sembelit 
Melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

  • Menghalang kejadian batu karang 
Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.


Betapa banyak rupanya kelebihan lecithin selain dari vitamin diet dan kawalan berat badan sahaja. Macam-macam boleh kan. Sekiranya anda berminat untuk dapatkan vitamin lecithin berserta cara pemakanan vitamin Lcithin yang sebetulnya boleh hubungi saya untuk tempahan dan makluman lanjut.





Friday 13 May 2016

Chewable Vita-C Plus Shaklee:Manfaat dan Keistimewaan Vit-C

Assalamualaikum dan salam sejahtera.






CHEWABLE VIT-C?


Vita C ini dibuat dari sumber semulajadi. Ia  nya lebih khusus dari tumbuh tumbuhan.Jadi badan lebih mudah serap kedalam tubuh untuk mengekalkan kesihatan.Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.


Ia nya sedikit berbeza dengan vitamin sustained released Vitamin C yang mempunyai kandungan 500mg setiap tablet, chewable vitamin C ini mempunyai dos yang lebih rendah. Hanya 118mg saja setiap tablet.Ini bermakna kena makan 4 biji chewable vita c untuk mendapatkan hasil yang sama dengan 1 tablet sustained release.






Antara Manfaat vitamin c dalam chewable vita-c plus shaklee dengan sustained vitamin c shaklee

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan sangat penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan sangat membantu melambatkan penuaan
  • Membantu menguatakan tulang, gigi dan juga gusi yang sihat.
  • Meningkatkan system imun tubuh badan.
  • Mengurangkan berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan juga sangat sangat bagus untuk penghidap ekcema, resdung dan juga sebarang alergic
  • Boleh makan sehari sehingga 5biji!!! Wahh bestnyee...dah lar sedapkan..
  • sesuai untuk ibu mengandung yang morning crisis, muntah muntah dan juga mabuk.

Keistimewaan yang ada pada Chewable Vit-C adalah:

  • Tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • rasa oren yang sangat semulajadi masam masam manis, membuatkan kanak kanak sangat sukannya.
  • 1biji chewable vitamin c bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100mg dalam 1tablet.
  • Tablet chew vitamin c bersaiz lebih kecil berbanding sustained release vitamin C. So mudah ditelan oleh kanak-kanak yang biasanya takut makan ubat.Hehe
  • sangat mudah dihisap, kunyah..mahupun ditelan.



Manfaat Chewable Vit-C dan Sustained release Vit-C adalah sama  sebenarnya. Manfaat vitamin c dalam chewable vita-c plus ini lebih sesuai untuk kanak kanak dan juga untuk orang dewasa yang sukar nak telan tablet atau pil vitamin.

kunyah-kunyah.nyum nyum je. hihi


Berminat untuk dapatkan Chewable Vit-C boleh hubungi saya segera:




Thursday 12 May 2016

Sarapan tinggi protein bersama ESP!


Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. Dah ambil sarapan? Tahu tak sebenarnya sarapan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. 



ANTARA KEPENTINGAN SARAPAN:

Menurunkan berat badan
Dengan sarapan pagi tubuh kita akan mempunyai tenaga untuk melakukan metabolisme sehingga kepada pembakaran lemak yang ada di tubuh akan lebih maksimum akibatnya berat badan akan menjadi turun.

Menjaga kesihatan jantung
Banyak kajian yang menyebutkan sarapan penting bagi kesihatan jantung. Seba mereka yang biasa sarapan mempunyai kadar kolesterol yang rendah, saiz pinggang lebih kecil, dan kadar insulin yang stabil dalam darahnya.

Meningkatkan Konsentrasi
Dengan sarapan pagi anda akan lebih menumpukan perkara ini disebabkan kerana tenaga yang masuk di pagi hari.

Menambah tenaga
Dengan sarapan pagi automatik tenaga kita di pagi hari akan lebih bertambah dan memudahkan kamu membuat aktiviti harian dan badan tidak lemah dan cepat lapar sebelum waktu tengahari.

Meningkatkan sistem imunisasi
Kajian lain menyatakan kalau bersarapan banyak waktu pagi mampu membuat kita terhindar dari risiko serangan penyakit flu. 





Nampak tak kat situ? Nak diet pon kene sarapan. Tapi kita tengok cara pemakanan org yg nakkurus skg ni lebih rela tak makan sarapan semata-mata untuk kurangkan berat badan. Salah tu ye.



Lagi bagus jika sarapan disertakan dengan pengambilan nutrisi yang baik seperti Protein. Ya!, cuma ambil sarapan berserta dengan 3 Scoop ESP cukup buat anda bertenaga sepanjang hari.


Mana lagi nak dpt sumber protein yg tinggi yg da terbukti mcm ESP SHAKLEE kan?

✔Protein adalah blok pembinaan sel-sel di seluruh badan. Ia adalah diperlukan untuk kulit yang sihat, kuku, otot, tulang rawan dan darah. ✔Protein membantu membina dan membaiki tisu badan, dan ia digunakan untuk menghasilkan hormon dan enzim.


👉Apabila kita mengambil protein untuk sarapan pagi, kita akan berasa lebih bertenaga dan bersedia untuk menharungi hari baru.
👉Kita juga lebih cenderung untuk berasa kenyang lebih lama, yang boleh membawa kepada tabiat makan yang sihat dan kekurangan berat badan.


Jadi, ambil la sarapan anda berderta sumber protein yg tinggi seperti ESP. Boleh hubungi saya sekiranya berminat




Pengedar Shaklee Pasir Gudang & Kota Tinggi

Assalamualaikum.

Sejak sharing benefit produk-produk shaklee seminggu dua ni, lupa pula saya nak perkenalkan sedikit info tentang latar belakang tuan blog Super Healthy Vitamin ni. Hhehehe

Sebenarnya dulu saya lebih banyak update tentang produk shaklee dalam blog personal tapi bila di fikirkan semula, adalah lebih baik kalau saya asingkan personal blog dan bisnes blog. Takde la bercampur aduk kan nanti cerita shaklee dan cerita personal tuan blog. Hehe


SID NO:1098208
FB: Nurlisa Afha
SMS/WHATSUP/WECHAT/TELEGRAM: 0137456113
INSTAGRAM: lisaafha_shaklee
EMAIL: nurlisaafha@yahoo.com



Sekiranya anda tinggal di sekitar Pasir Gudang 

  • Taman Scientex
  • Taman Bukit Dahlia
  • Taman Air Biru
  • Taman Cendana
  • Taman Mawar
  • Taman Kota Masai
  • Tanjung Puteri Resort
  • Tanjung Langsat
  • Felda Cahaya Baru
  • Kongkong
  • Masai
  • Taman Rinting
  • Taman Megah Ria
  • Bandar Seri Alam

dan juga sekitar Kota Tinggi

  • Felda Sungai Mas
  • Felda Papan Timur
  • Bandar Mas
  • Felda Air Tawar
  • Semencu
  • Bandar Penawar
  • Gugusan Felda Adela

Sekiranya anda ingin mendapatkan pelbagai jenis Vitamin Shaklee, anda boleh menghubungi saya serta merta ditalian 013-7456113 (WHATSUP/SMS ONLY) untuk proses jual beli secara COD. 
FREE DELIVERY COST
FREE CONSULTATION( priority to my customer)

Takkan COD je? Kami yang tinggal kawasan jauh dari Pasir Gudang dan Kota Tinggi macam mana?

Jangan risau!

Saya juga boleh menghantar suplemen pilihan anda ke seluruh negara dengan menggunakan perkhidmat Poslaju, GDex, Citylink atau Pos Biasa bergantung kepada pilihan anda dan kawasan penghantaran perkhidmatan pengeposan syarikat penghantaran tersebut.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda berminat untuk membeli sendiri produk shaklee di branch berdekatan anda, boleh terus membuat pesanan menggunakan SID No saya iaitu 1098208.


Okay lastly, sekiranya anda ingin mendapatkan suplemen Shaklee, jangan lupa menghubungi saya! InsyaAllah, servis tip top buat anda daripada saya. GUARANTE!



 









Tuesday 10 May 2016

ALFALFA COMPLEX SHAKLEE jamu moden wanita terkini

Assalamualaikum.


Amalan pemakanan jamu menjadi tradisi golongan  wanita sejak dulu lagi untuk penjagaan kesihatan dalaman. Zaman sekarang pun ramai orang boleh dapatkan 1001 khasiat jamu melalui jamu moden yang lebih mudah diambil dan dimakan. Jamu moden?

Seiring dengan peredaran zaman milenium sekarang ni, ramai wanita semakin sibuk dalam menjalani kehidupan seharian. Kalau dulu, orang sanggup masuk keluar hutan nak cari akar-akar dan daun-daun kayu untuk dijadikan bahan perubatan berunsur jamu, tapi zaman sekarang orang lebih senang pergi ke kedai daripada masuk ke hutan. ehehheee

Antara jamu moden yang jadi pilihan ramai sekarang ialah produk berasaskan Alfalfa seperti Alfalfa Complex Shaklee. Kenapa menjadi pilihan? 

  1. Tak busuk
  2. Tak pahit
  3. Mudah nak telan



Apakah ALFALFA

Alfalfa adalah bahan dalam tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas daripada pestisid, hebisid dan menggunakan bahan kompos iaitu baja bukan kimia. Tumbuhan ini ambil masa 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh capai sampai 20 kaki dalam tanah untuk serap pelbagai nutrisi.Alfalfa telah digunakan sejak lebih 1500 tahun dulu.

Alfalfa Complex sebenarnya bukanlah produk baru. In fact Alfalfa dah dibangunkan oleh Dr. C Forrest Shaklee sejak tahun 1950an dan merupakan satu produk Formulasi Signature Shaklee. Alfalfa dikenali sebagai ‘Raja Segala Tumbuhan’ kerana khasiatnya yang kaya dengan segala nutrien. Medicago sativa adalah Alfalfa bergred paling tinggi dalam kumpulan tumbuhan ini.




Daun Alfalfa dari Shaklee hanya akan dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Mutlak bermaksud ianya daun yang matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Bahagian lain yang tak penting dilupuskan. 

Khasiat Alfalfa memang tidak disangkal lagi.Cuma zaman sekarang Alfalfa diformulasikan dalam bentuk tablet atau pil atau cecair utk kemudahan org ramai.



Kenapa saya katakan ALFALFA SHAKLEE berfungsi sebagai jamu moden?

  • Memberikan kelegaan semasa Haid
  • Melegakan sembelit
  • Memcuci usus bagi membuang toksik
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Memulihkan elergy dan Ekzema
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Melegakan masalah keputihan



Kenapa nak cari jamu lain sedangkan ALFALFA COMPLEX ada semuanya kan????

PROMOSI SHAKLEE MAY 2016

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Setelah seminggu blog Super Healthy Vitamin kembali beroperasi setelah kerja-kerja renovation dilaksanakan. Cantik tak? cantik tak? hehe

Rasa nya macam dah terlambat lah untuk saya perkenalkan promosi untuk bulan may. Sebab dah 11hb kan.Should be update sejak 1hb aritu entry tentang promosi ni.

Oh ya! Untuk pengetahuan semua, setiap bulan pihak Shaklee akan memperkenalkan beberapa produk promosi vitamin-vitamin Shaklee tau.Kebanyakkannye 'BUY 7 AT 6' atau pun 'BUY 4 AT 3'. Maksudnya beli 7pcs vitamin pada harga 6pcs je atau beli 4pcs vitamin pada harga 3pcs je. Kan nampak jimat kat situ kan?

Konsep die kan sama macam Beli 6 percuma 1 la kan?Hehehe

Namun begitu, bukan semua vitamin ye ada promosi mcmni setiap bulan. Hanya ada beberapa vitamin sahaja yang dipilih oleh Shaklee untuk promosi bulanan. Sebabtu sebelum hujung bulan kene grab cepat-cepat supaya tak terlepas.

So, untuk bulan May ni saya perkenalkan vitamin promosi bulanan adalah :


  • COLLAGEN POWDER
  • VITALEA FOR CHILDREN
  • ALFALFA COMPLEX


3 vitamin di atas ini la promosi untuk bulan may ini. walaupun anda tak nak beli collagen powder tu banyak-banyak sampai 7pcs, kalau beli 2 pun still dapat less 5% tau. Best kan?

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan vitamin di atas dengan harga promosi untuk BULAN MAY 2016 SAHAJA, boleh terus hubungi saya ye:)






Friday 6 May 2016

Vitamin B Complex Shaklee: Kandungan & Khasiat Utama

Assalamualaikum.

Hai! Harini saya nak share lagi vitamin shaklee iaitu Vitamin B-complex! Selalu kita dengar orang selalu cakap "hah tu sakit sebab kurang vitamin C la tu", tak pun ade yang cakap "Vitamin C penting tau untuk imunisasi badan,takde vitamin C kurang sihat lah nanti"

Memang betul Vitamin C sangat penting untuk imunisasi badan, tapi kita kene tahu juga yang vitamin lain juga sangat penting. Contohnya, Vitamin B. Tapi, dengan shaklee complex,bukan sahaja Vitamin B semata-mata je yang kita dapat, malah lebih daripada tu! sebabtu nama dia Vitamin B Complex:)





APA KEISTIMEWAAN VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE?

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B yang utama iaitu:


Vitamin B1
  • mengurangkan kelesuan, keresahan, 
  • meningkatkan stamina badan
  • menyihatkan sistem pencernaan 
  • melancarkan dan memperbaiki metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mempertingkatkan kecerdasan mental
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B2
  • mengurangkan keletihan mata, katarak, dan jangkitan lidah
  • membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.


Vitamin B3
  • mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah
  • memperbaiki kesihatan kulit dan rambut 
  • melancarkan sistem pencernaan 
  • mengelakkan depresi. 


Vitamin B5
  • mengurangkan stress fizikal dan mental
  • membantu mengurangkan penuaan pramatang


Vitamin B6
  • penting dalam proses asid amino, 
  • mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), 
  • mengurangkan senggugut
  • menenangkan emosi
  • mengurangkan kekejangan otot 
  • melancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral

Vitamin B12
  • meningkatkan selera makan, 
  • mencegah kerosakan urat saraf dan memperbaiki tindak balas saraf, 
  • mengelakkan anemia, keletihan, 
  • baik untuk kecerdasan otak, 
  • kekuatan fizikal, memori dan fokus 
  • keupayaan seksual
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga



Biotin
  • membantu B Complex menjadi lebih efektif
  • mengurangkan rabun,
  • melambatkan proses rambut beruban, eczema dan keradangan kulit


Asid Folik

  • untuk lebih kesihatan fetus
  • kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 


Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:

  1. Lemah sistem saraf
  2. Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  3. Pembentukan sel abnormal
  4. Mengakibatkan anemia
  5. Masalah depresi (tekanan perasaan)
  6. Kehilangan daya memori
  7. Cepat letih
  8. Sesak nafas
  9. Insomnia
  10. Kurang fokus dan konsentrasi
  11. Mudah tersinggung

Jadi, kalau anda tergolong dalam golongan di atas, anda berkemungkinan kekurangan Vitamin B didalam tubuh badan. Cara mudah dan jimat serta pantas adalah dengan mengambil supplement Vitamin B complex shaklee! Kenapa? Vitamin B complex mempunyai pelbagai manfaat utama kepada mereka yang mengambil secara konsisten:)




  • Menukarkan makanan kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Kesihatan Rambut - B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.
  • Kesihatan Mata - B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.
  • Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut
  • Meredakan Senggugut - B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mengurangkan risiko mendapat Perleche - B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detoksifikasi - Meredakan Alahan.

ok! anda dah tau tentang kepentingan Vitamin B Complex ni kan? So, mari kita telan B-complex hanya 2 biji sehari je! Sebotol ada 120biji, jadi ia tahan untuk 2 bulan tau!jimattttttnyee


Mari beli Shaklee B-Complex yang dimaksimakan dengan Asid Folik!




Thursday 5 May 2016

Bagaimana GLA SHAKLEE membantu untuk kecantikan kulit?

Assalamualaikum

Permulaan entri hari ini, lisa nak cerita tentang GLA Complex Shaklee di mana ia terbukti dapat mengatasi pelbagai masalah kulit. Kenapa ye? sebab ada kajian mendapati bahawa gamma linolenic acid (GLA) mampu memperbaiki tekstur kulit dan menjadikan kulit lebih berseri dan sihat.

A study done by R. Muggli, Switzerland, shows that the intake of three capsules of evening primrose oil 500mg twice daily for a continuous 12 weeks improves skin texture and function in healthy people. The skin parameters that were measured were skin moisture, trans-epidermal water loss (TEWL), elasticity, firmness, fatigue resistance and roughness. A maintenance dose of 1000mg per day may keep the skin glowing and healthy.

Walaupun dalam family vitamin Shaklee tiada EPO,tetapi Shaklee ada vitamin GLA(gamma linolenic acid).Kandungan utama EPO sebenarnya adalah GLA. Malah GLA Complex Shaklee adalah lebih baik daripada pil EPO biasa kerana ia bukan sekadar GLA dan GLA Complex dr Shaklee ni ada kandungan VITAMIN E asli yg sgt2 kita tau penting dalam kecantikan kulit.



Apa kelebihan GLA Complex Shaklee berbanding EPO biasa di pasaran? 

GLA Shaklee diekstrak dari minyak borage di mana ia mengandungi 2 kali ganda jumlah GLA dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO biasa. Keunikkan GLA Complex yang digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E meningkatkan lagi penyerapan dan keberkesanannya. EPO yang terdapat di pasaran cuma ada GLA sahaja kepekatannya rendah. Tetapi dengan GLA Complex Shaklee, nyata berbeza.



BAGAIMANA GLA SHAKLEE MEMBERIKAN KESAN BAIK UNTUK KULIT?


GLA Shaklee adalah dari BORAGE OIL yang berfungsi mengekalkan kelembapan dan kemulusan kulit yang bermasalah atau kering. Sebab itu sesiapa yang mengamalkan GLA Shaklee secara konsisten boleh perasan keadaan kulit mereka akan  semakin cantik dan sekata.






Mesti rasa happy bila  orang tegur "wahhh nampak makin berseri la sekarang ni, apa rahsianya??"... rahsia ni lah yang saya tengah kongsikan ni.Jom kita cuba. Confirm anda puas hati!:)


Hubungi saya untuk konsultasi percuma tentang set mana sesuai untuk anda mengikut keperluan dan keinginan yang anda cari dalam pengambilan supplement shaklee!:)



COD PASIR GUDANG & KOTA TINGGI/ POSTAGE SELURUH MALAYSIA




Wednesday 4 May 2016

Omega Guard Shaklee: Nyahkan Lemak Degil!

Assalamualaikum.

Hai. Selalu kita dengar yang omega 3 ni sangat bagus untuk perkembangan otak terutamanya untuk bayi dan juga kesihatan jantung.Namun, ramai sebenarnya macam tak perasan bahawasanya kan omega 3 juga berfungsi membantu proses pembakaran lemak?





Berita baik bagi mereka yang mencari-cari supplemen yang mampu membakar lemak-lemak badan yang menyebabkan kegemukan.hihi. Bagaimana omega 3 mampu melakukan proses tersebut?

  • Omega-3 mampu membakar lemak dalam tubuh dengan bertindak balas pada hormon yang dipanggil Leptin. 
  • Leptin meningkatkan kadar metabolisma badan dengan cara meningkatkan pengeluaran thyroid (thyroid adalah untuk regulate metabolisma badan)
  • Leptin akan memberi signal kepada otak untuk mengurangkan selera makan kita dan dengan itu, kita akan makan dengan sedikit. Leptin dapat membantu membakar dan menukarkan lemak kepada tenaga.
  • Jadi dalam masa yang sama, kita boleh maintain dan kurangkan berat badan.


OHHH.patut la boleh kurangkan berat badan dengan makan omega guard shaklee.Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini dalam penghasilan Omega Guard Shaklee.


Testimoni Omega Guard Shaklee untuk PEMBAKAR LEMAK!





Hubungi saya segera untuk konsultasi percuma tentang set mana sesuai untuk anda mengikut keperluan dan keinginan yang anda cari dalam pengambilan supplement shaklee!:)





Tuesday 3 May 2016

OMEGA GUARD SHAKLEE: Minyak Ikan Terbaik

Assalamualaikum

Hari ini saya nak cerita lagi satu vitamin yang terdapat dalam keluarga SHAKLEE. Kali ini vitamin berasaskan minyak ikan. Minyak ikan?

Minyak ikan memang terkenal dari dulu lagi mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan.. Pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa khasiat minyak ikan omega 3 dapat meningkatkan tahap kesihatan dengan lebih baik.

Minyak ikan yang terbaik ada minyak omega 3. Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu di mana nutrien yang terkandung di dalamnya penting untuk kesihatan tubuh dan otak. Malangnya, ini tidak boleh disintesis oleh tubuh manusia dan  mesti diperolehi dari diet pemakanan harian atau makanan tambahan yang diambil.Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua asid lemak omega-3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). 

EPA menyokong jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA pula menyokong otak, mata, dan sistem saraf pusat dan sebab itulah mengapa ia adalah unik penting untuk wanita mengandung dan menyusu.





Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Namun begitu,tiada guna sekiranya kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain sekiranya enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. Oleh itu amat penting bagi kita untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.






APA YANG MEMBEZAKAN SHAKLEE OMEGA GUARD DENGAN MINYAK IKAN LAIN YANG ADA DIPASARAN?

  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  • Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi kesemua 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA dan ALA.
  • Rata-rata minyak ikan dipasaran kebanyakan diekstrak melalui kaedah penyulingan tekanan tinggi yang memusnahkan kebanyakan nutrient dan tidak mampu menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard.Shaklee Omega Guard diesktrak melalui proses penyulingan 3 peringkat berteknologi tinggi yang bukan sahaja mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen malah menyingkirkan bahan-bahan logam berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik dan lain-lain. sebab itu Shaklee Omega Guard adalah minyak ikan paling tulen.
  • Tidak diekstrak dari hati minyak ikan yang mengandungi toksik.





10 KEBAIKAN OMEGA GUARD SHAKLEE




  • Perkembangan Minda & Otak – Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat disalurkan kepada bayi sejak didalam kandungan ibu dan sewaktu ibu menyusukan bayi mereka. Apabila berusia 1 tahun,Omega Guard boleh diambil dengan cara dicampurkan ke dalam susu, makanan atau menguyah.
  • Mengawal Paras Kolestrol – Bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.
  • Meningkatkan Sistem Imun & Menyihatkan Paru – Paru – Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Perkembangan Memori & Fokus – Sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan.
  • Menyokong Kesihatan Kardiovaskular – Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Produk ini membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.
  • Memelihara Fungsi – Fungsi Sendi – Paras asid lemak omega -3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi – fungsi sendi dan gout dengan effective.
  • Mengurangkan Gejala Asthma – Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.
  • Menguraikan lemak – Mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.
  • Menentang Kanser – Kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • Mencegah Insomnia & Membantu Mengurangkan Tekanan (stress) – EPA & DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomania, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.


SIAPA PERLUKAN OMEGA GUARD SHAKLEE?


Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan

Mereka yang mengalami masalah berat badan
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit Stroke

Warga tua
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi


Mengapa perlu tunggu lagi, beli dan rasai sendiri kehebatan Omega 3 Shaklee. Buang sikap suka mencari minyak ikan murah yang kurang berkualiti, jika anda boleh mendapatkan minyak ikan yang sangat berkualiti walaupun pada harga yang sedikit mahal tapi kelebihannya dan keberkesanannya berbaloi-baloi. 


Berminat untuk dapatkan Omega Guard Shaklee?


COD PASIR GUDANG&KOTA TINGGI/ POSTAGE SELURUH MALAYSIA!



Monday 2 May 2016

OSTEMATRIX SHAKLEE: Bukan sekadar Kalsium

Assalamualaikum.

Siapa sini tak suka minum susu?

Saya akui memang dari kecil azali lagi memang saya tak suka minum susu. teringat lagi mak pernah cerita umur saya dalam 6 bulan ke 7 bulan  nak bf kan  tapi saya tolak mentah-mentah.kepala kiri ke kanan.haha. Bila mengadu kat nurse, nurse boleh cakap "elokla tu,takyah bf lagi".rupa-rupanya bukan susu badan je saya tak selera, susu-susu lain pun saya tak layan. smpai la ke besar ni memang tak pernah ada hati nak minum susu.huhuhu

Patutlah bila kat sekolah dulu kan saya selalu dapat tempat paling depan bila beratur kat perhimpunan sebab tumbesaran terbantut kot! haha.kalau aktiviti kawad plak mesti dpat paling kiri sekali sebab kiri untuk mereka yg rendah-rendah comel jek. haha.Masa muda-mudi remaja ni mula la bila gosok gigi setiap pagi pula mesti gusi berdarah.Kadang-kadang berdarah,kadang-kadang ok pulak. sebabtu la saya masih tak hairan lagi pasal kepentingan kalsium.





Bila dah bekerja dan bersuami ni baru la rasa penatnya macam mana. balik kerja sakit2 badan la,sakit kaki la. ketika itu la hati mula sedar, aku ni kurang kalsium gamaknya. dan masa inila saya berkenalan dengan OSTEMATRIX SHAKLEE!

Panjang mukadimah hariini ye. haha.Oleh itu, Jom kita berkenalan dengan OSTEMATRIX utk entry kali ini:)


Ostematrix membekalkan

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium





Bagaimana Kalsium Ostematrix dapat membekalkan tulang yang sihat?


  • Vitamin D 
Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. 

  • Magnesium 
Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

  • Zink, boron, manganese dan kuprum 
Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis



KHASIAT OSTEMATRIX SHAKLEE

  • Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.Sebabtu bila makan ostematrix secara tak langsung gusi pun boleh sihat sebab kalsium dapat menguatkan gigi.
  • Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas -Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.Sebabtu kena makan ostematrix sebelum tidur bagi khasiat kalsium tu proses cepat-cepat sepanjang kita berehat.hasilnya bangun pagi dengan cergas dan bermaya:)
  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.


Siapa yang patut mengambil Ostematrix Shaklee?



  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Wanita yang sudah mencapai usia 30 tahun keatas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan mengurang selepas itu ya)
  • Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yang malas mengambil susu
  • Warga tua
  • Mereka yang merokok, minum alkohol atau penggemar minuman ringan. Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian
  • Pesakit sakit belakang, gigi rapuh dan tulang reput
  • Wanita yang mengalami PMS (Pre-menstrual Syndrome)

Anda tergolong dalam golongan di atas? jangan tungu lama. sayangi tulang anda.nak pakai lame  kan.dapatkan ostematrix dengan SEGERA!


 
 photo cats_zpscdjdlx5h.jpg